Friday, 11 January 2013

Meroyan Selepas Bersalin (Tekanan oleh golongan wanita selepas bersalin)

Assalamualaikum dan Selamat Malam Dunia..

Best kan kalau dapat baby..dapat adik baru..anak saudara baru..Saat menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga merupakan saat yang membahagiakan TAPI adakah saat itu merupakan saat yang membahagiakan bagi si ibu yang melahirkan bayi tersebut ataupun bermulalah perubahan dalam kehidupan sehari-hariannya. Perubahan yang saya maksudkan dekat sini ialah perubahan emosi wanita tersebut terutama sekali lepas or masa berpantang. Untuk pengetahuan semua masa berpantang ni lah waktu yang SANGAT PENTING sebab waktu nilah yang akan menentukan samada ibu akan kemabli normal seperti sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat tekanan emosi seumur hidup..

Jom kita tengok maksud tekanan selepas bersalin nih sama-sama..Kalau tak faham tanya la pakar okie.. Tekanan emosi ni kalau orang Melayu cam aq nih panggil penyakit angin meroyan.. Ala mesti korang pernah dengar mak-mak korang ke akak-akak korang ke cakap meroyan.. artis-artis pun ade gune nih..ce teka sape..huhu.. Meroyan nih sebenarnya penyakit tekanan emosi bagi ibu-ibu yang mengalaminya semasa atau selepas pantang.

Tingkah laku/Tanda-tanda kemurungan selepas bersalin atau "postnatal depression" :
  1. sukar tidur
  2. sentiasa mengalami kepenatan
  3. kerapa merasa tegang
  4. perasaan rendah diri yang melampau
  5. cepat marah
  6. menjauhi hubungan seksual dengan suami malah membenci si suami
  7. kemurungan
  8. rungsing
  9. kelihatan tidak bermaya
  10. perubahan sikap periang kepada pendiam
Tapi selalunya ahli keluarga tak alert sangat dengan benda-benda nih, sebabnya dieorang rasa ni perubahan yang semulajadi contoh macam umur dah meningkat. Faktor-faktor yang menyebabkan tekanan emosi ni  antaranya ialah :
  1. melahirkan bayi yang tidak sempurna/kurang upaya
  2. kesakitan semasa bersalin
  3. wanita yang bersalin berkemungkinan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya sendiri atau mertuanya. Ini akan menambahkan lagi tekanan emosi yang dialami oleh dirinya.
  4. Suami tidak memahami kesakitan yang dialami oleh si isteri
  5. Ibu terpaksa berjaga malam untuk menyusukan bayi tanpa mendapat rehat yang cukup.
  6. Orang sekeliling tidak memahami perasaan atau kepayahan yang dialami oleh ibu yang melahirkan
Ibu yang bersalin ini memerlukan sokongan daripada ahli keluarga terutamanya sekali suami supaya tidak lari daripada masalah yang dihadapi oleh isteri. Bantuan daripada suami sangatlah diperlukan oleh si isteri pada waktu ini kerana mereka mereka sudah melalui tempoh yang sukar bermula dari waktu mengandung sehinggalah selepas melahirkan. Apabila kita melihat tanda-tanda ini kepada ibu atau saudara kita selepas bersalin, bantulah dirinya untuk kembali kepada keadaan biasa, hiburkan hatinya, jangan biarkan dirinya bersendirian kerana akan ada makhluk lain yang akan membisikkan kata-kata yang akan mendorong dirinya untuk bertindak diluar batasan. Selain itu, persediaan diri si isteri sangatlah penting kerana jika mereka tidak bersedia untuk menerima kehadiran ahli baru mereka akan tertekan.
welcome to the world tomey2.

No comments:

Post a Comment