Friday 18 January 2013

Baju Tshirt Lace

baju ni..baju nih..

Hohohoho..finally aku dapat beli baju lace nih..hik. ^_^

Thursday 17 January 2013

Gud Luck 4 Me =)

Praktikal ni buat leklok ok..Chaiyok2 gurl.

TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN DI UKM

Salam semua..

Terdetik rasa hati ni nak tulis blog waktu sekarang..Sabtu ni hari last aku dekat UKM and kawan-kawan baik ku sorang demi sorang akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Selama 4 tahun nih, aku ada 4 orang kawan rapat yang sekepala gila-gila cuma kadang-kadang ada benda-benda yang kami tak sama pendapat. Kepada Hazatul Azleen Yaakob, Nurul Kaizura Binti Zainuabidin, Nurfarahain Binti Abdul Rahim semoga kita berjaya menjadi cikgu Pendidikan Khas yang cemerlang suatu masa nanti. InsyaAllah. We can do it. Walaupun lepas ni, kita dah tak jumpa macam dulu, aku harap korang tak lupakan aku..Semua suka duka kita, macam-macam pengalaman kita dekat sini and macam-macam benda yang kita buat seriusly aku akan ingat sampai bila-bila. Korang semua memang kawan yang baik, juga sahabat n teman aku.. Susah senang sama-sama. masa dekat UKM nih. Dekat UKM nih korang la yang jaga aku sebab kita jauh dari mak ayah kita.. Korang memang kawan yang terbaik. Setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan, tapi jangan la lepas habis belajar nih hubungan kita tros lost macam tu je..Aku tak mau la jadi macam tu..Senang-senang nanti korang mai la umah aku lagi weiyh..


dis is Jue

Dis is Leen
Dis is Farah
Kami berbeza tapi kami punyai persamaan. Gonna mis all of  u. Pertemuan di Fakulti Pendidikan menjadikan  kita rapat.Dieorang tida orang nih sangat sempoi..banyak cakap..haha..riuh tak kira mana tempat..mudah mesra dengan orang..tapi batas-batas pergaulan dijaga..Luv all of u.


Batu Night Spectacular, Indonesia


Dan tak lupa jugak kepada semua dak2 Special Education yang lain Kak Ita, Dayah, Nernny, Chai, Pae, Jannah, Mus, Mai, Sarah, Lin Rani, Mira, Kak Nora, Ayu, Mimi, Peja, Ki, Nuar, Lia, Ina, Hani, Ain buktikan pada our lectrer dat we can make changes dalam bidang Pendidikan Khas ni. Chaiyok2 semua.
tiga orang jejaka dalam kelas kami =)
We r the greatest.. Honestly sy sayang semua.

Saya tahu mungkin ada dalam kalian semua terasa hati dengan saya. Saya mintak maaf sangat2..Tak bertegur sapa tak bermakna saya tidak menyukai anda..sejujurnya tak ada perasaan yang macam tu dalam hati saya..Maafkan diri ini andai pernah mengguris hati kalian semua tak kira la melalui tingkah laku mahupun percakapan saya. =(

My Tempat Kerja (First Time In My Life)


Aku mula-mula save gambar nih sebab kata-kata dia. Tapi bila aku tengok lukisan dia..eh ni macam pondok kecil, usang yang selalu aku dengan kawan aku Ida ngan makcik2,  ni la port kiteorng untuk berteduh daripada hujan and port makan b4 start buat kerja. Ce teka aku kerja ape..hik3..Cepat3..anda ada masa tiga saat jep. Tak pela sebab hari ni aku baik hati..aku bagitau jawapan korang tak yah teka..aku kerja MENYULAM, tau tak menyulam 2 ape..bulan sulam kain le..Aku menyulam padi. Orang bandar aku ase tak tau mende nih. Kot la..i guest. Aku keje ROGGING buka reging okie..Pastu tabur racun tikus la..sangat best yang nih tapi bahaya. 

First tyme in my life buat semua-semua nih. Ayah aku ade jep bendang tapi tak pernah buat rogging ke tabur racun tikus ke. Menyulan je la pernah mase aku form bape ntah. Tak ingat dah. Pastu korang tau ape jadik pada padi yang aku ngan akak aku sulam tuh. Pokok padi tu MATI. what a spoil..Mak aku kata tangan kami tangan jenis panas. Kalau tanam-tanam pokok nih, pokok mati..Tak tau nak caye ke tak.(^-^). 

Aku keje nih tyme cuti sem yang empat bulan tuh. Dah stay kat umah aku tak buat pepe, bek aku kerja ..aku dapat duet..yessssssss aku kaya..aku kaya...hahha..Tiap-tiap bulan kuar shoping..Orang Kaya Baru le katekan..

Aku nak cerita menyulam tu macam mana..Menyulam/menanam tujuan dia untuk penuhkan ruang-ruang kosong yang tak tumbuh pokok padi. Selalunya menyulam ni orang buat masa pokok padi tu kecik ataupun sederhana beso ( dah cukup tempoh matang) kalo pokok padi dah beso, pokok padi tu tumbuh tak sama. Sebab masa pokok padi ni kecik ada air lagi so senang la nak menyulam/menanam.Kalau tak tanah tu keras hampa tau dak. Patah tangan nak cucuk .Cara menyulam padi ni dijalankan dengan empat atau lima jalur yang dipanggil "tekap". Tekap ni kiranya macam lorong-lorong la.Sorang ambik satu lorong untuk menyulam padi. Kalau orang yang mula-mula menyulam padi macam aku kompem jadik macam ular kena palu..habis bengkang-bengkok lorong aku. Makcik-makcik tu buat lurus jep. nampak sangat dieorang nih memang pro. Tak payah guna pembaris-pembaris nak bagi lurus..Kagum gak aku mula-mula tu. 

Ni  alat untuk menyulam  "KUKU KAMBING". Bukan kuku kambing kat kambing tuh..
Pemegang dia diperbuat daripada kayu atau plastik, hujung dia besi yang dicabangkan sedikit untuk memudahkan semai (pokok padi yang dah cukup tempoh matang) diletakkan sebelum di tanam ke tanah. Tak pun korang boleh jep guna jari korang.Korang selalu buat Peace tu kan. Ha buat jari korang macam tu untuk tanam semai padi tu. Ini serius ok.
Ini adalah contoh orang tengah meyulam.

Nak tengok tak pakaian aku mase bekerja..hik3..jangan gelak ok !

Bile aku buat kerja-kerja ni, baru aku tau betapa susahnya mak ngan ayah aku yang membanting tulang dekat tengah-tengah sawah padi. Macam nak patah tulang weiyh buat sume2 kerja nih..Aku 4 hari macam tu la sengal badan-badan sangat-sangat..Sangat sakit. Kalau korang tak percaya aku suggest kan baik korang cuba.hehehe.. Tapi dieorang tak pernah kan merungut dekat kita, tak pernah nak tunjuk dekat kita yang dieorang sebenar letih, penat, buat semua-semua tu, tapi demi anak-anak mak ayah kita diamkan je. Layanlah mak ayah kite dengan sebaik mungkin sementara mak ayah kita still diberikan peluang untuk hidup. Sebab kita tak tau kan antara kita dengan mak ayah kita sape yang akan pergi dulu. Buat anak-anak semua, ingatlah jasa mak ayah kita semua. Jangan mak ayah dah takde baru nak ingat semua pengorbanan mereka. 

BILA STRESS .. APA YANG KORANG BUAT

Hik3. nak tau apa yang aku buat bila stress...aku make up-make up dalam bilik sorang2.. aku try gaya tudung yang macam style-style sekarang..aku begaye dalam bilik jela.nak pakai kat luar maleh..rase cam over pulok..tapi orang lain pakai ok jep aku tengok..haha..My bff olwez said asi begaye dalm bilik je..haha sebbnya aku suka ambik gambar pastu aku bagi dieorang tengok & komen.

First, ni gaya tudung retis2 
Ni time lepas balik dari wedding akak housemate my fren. Masa g gaya tudung lain..balik je aku buat gini.

Lilitan Mengelilingi Dunia 
Yang ni pulak tak tau la gaya apa..pakai lilit atas kepala bagai..kat luar memang aku tak buat la cm ni..hahhaa..pelik bebenor aku tengoknye.

nak tempah jurumekap..call saye..haha
Ni aktiviti stress yang ketiga .makeup time..Apa la hang buat ni cik Asi oit..pembaziran alat makeup hang ja..hang tau dak?

Banyak lagi benda yang aku buat bila stress, makan dengan banyak nye..oder dominos puas2..seminggu 2 kali..perot tong ke ape tak tau la..Pastu aku main game sampai tak hinggat dunia...Tido usah dikata la..Luah dengan kawan-kawan..Membaca al-quran..pengubat jiwa yang sebenar2nya..seriusly sangat tenang bila baca al-quran atau dengor zikir yang Hafiz Hamidun rekod tuh..aku download je..hik3..Sesungguhnye aku pun manusia macam korang jugak..kadang-kadang buat benda2 tak berfaedah untuk hilangkan stress mcm main game..make up sume tuh..huhu..Ni cara aku hilangkan stress y indoor punye..outdor aku x cter g..=)

Hipotesis Nurani. Apakah?

Aku tengah stdy untuk subjek last paper Jumaat nih jam 8.30 pagi bertempat di Perpustakaan Kedua, UKM.Hipotesis Nurani?? Hipotesis Nur Ani ke?? jawapan tidak3x.
 Meh sini nak cite, nak buat revision sikit tajuk tu kat sini.

Hipotesis Nurani cakap proses penguasaan bahasa pertama ialah proses yang mudah..simple..aiceh.. yang hanya memerlukan seseorang kanak-kanak tu membuat penyesuaian terhadap nahu yang bersifat umum yang ada dalam alat pemerolehan bahasa semula jadi dengan nahu yang khusus bagi bahasa ibunda atau bahasa pertama seseorang kanak-kanak.

Hipotesis Nurani ni kata lagi, kanak-kanak dapat  menguasai pelbagai rumus bahasa ibunda sebab kanak-kanak mempunyai atau wujudnya alat pemerolehan bahasa secara semula jadi dalam akal budi seseorang kanak-kanak. Alat pemerolehan bahasa ni memang ada dalam akal budi kanak-kanak sejak dari lahir lagi, sebab ia adalah secara semula jadi. Jadinya, proses pemerolehan bahasa pertama/ibunda ini bukan bermula dari titik kosong tapi bertolak daripada pengetahuan semula jadi yang terkandung dalam alat pemerolehan bahasa.

Kanak-kanak dia bukannya belajar sistem-sistem  bahasa pertama tu, tapi kanak-kanak membuat penyesuaian atau adaptasi pengetahuan bahasa semula jadi yang ada dalam akal budi kanak-kanak dengan sistem bahasa pertama. Alat pemerolehan bahasa nilah yang akan membantu kanak-kanak memahami pelbagai konsep yang berda di persekitaran mereka.

Para sarjana yang mempelopori dan menyokong Hipotesis Nurani ni kata, dalam proses pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak tak memerlukan bukti-bukti negatif (pembetulan atau teguran orang yang lebih dewasa terhadap kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh kanak-kanak). Para Sarjana menyokong kepada bukti positif iaitu penguasaan bahasa pertama hanyalah berasaskan data bahasa yang diperoleh oleh kanak-kanak daripada mereka yang telah menguasai bahasa dengan baik. Maksudnya kanak-kanak tak perlu diajar atau dibimbing sebaliknya mereka hanya perlu membuat penyesuaian data bahasa yang diperoleh bagi membolehkan nahu universal yang sedia ada dalam akal budi disesuaikan dengan nahu bahasa pertama.

* maklumat tak berapa lengkap sebab aku tulis apa yang aku ingat je.
* Nanti aku masukkan full nota pasal Hipotesis Nurani nih.

Wednesday 16 January 2013

Thank You Abg Askar =)

yuhuuuuuuuuuu..

fuhh setel sudah kemas barang and hantar barang-barang..Lagi dua hari last day aku dekat UKM nih..untuk semester 1 sesi 2012/2013 sebab nanti semester 2, aku dah mula praktikal..Dah tak duduk dekat dalam UKM ni lagi..Kepada En. Syafiq Sulaiman..tq eh dah tolong saya angkat barang yang berat-berat tuh..Balik nanti mintak tolong  kawan urutkan tangan tu..

Aku nak cerita kejadian sebelum penghantaran barang dilakukan..spoil sungguh kunci tertinggal dalam bilik...dush3 haiyaaaa macam mana buleh tertinggal nih..Syok sangat angkat barang sampai kunci tertinggal..nasib baik aku ada kepakaran membuka pintu bilik..jeng3..jangan tak caya ok..cara dia tak boleh bagitau.nanti ramai yang follow..aiceh perasan lak kan..berpeluh-peluh aku try buka pintu da..ada la dekat 20 minit jugak la dok perosah (bahasa orang kedah) pintu tu..Nasib baik berjaya..yahooooooooooo..jerit satu aras boleh dengar..sebab nya aku nak besiap-siap g hantar barang.. Dengan telefon pon dalam bilik..risau syafiq tepon aku tak angkat-angkat.. Nasib baik bejaye pastu dia kol..haha.macam tau-tau lak kan. ^-^

congrate2 sebab dh tolong cik asi kite yer =)

Tuesday 15 January 2013

Program Belajar Sambil Bekerja UKM


Korang pernah dengar tak program nih. Aku baru tau nih my Lecturer yang tanya sal program nih..aku ape la gunakan perkhidmatan pak cik google le..so aku leh dapat jwpn n tros bgtw lectrr aku..and yes..pak cik ntak pernah kecewakan aku..hahhaa.. Sebenarnya dekat oversea pon dah ade program yang macam nih (t aku cari bahan lebih sikit sebab sekarang ada keja nak setelkn)

Bila bace iklan nih..perh jeles pulak ngan dak2 tahun 1Sesi 2012/2013 sebab dieorang leh cari duet lebih dengan bekerja dekat fakulti/Institut/ Pusat yang ditempatkan yang penting under UKM. best kot...Kepada adik-adik tahun 1 better korang grab dis peluang..sebabnye korang akan kenal ngan orang ramai..korang punyer kemahiran insaniah tu pon akan bertambah baik..

Tapi janganla bila dah kerja pelajaran diabaikan pulak..sebabnya, dah seronok pegang duet.



Program Belajar Sambil Bekerja kepada Pelajar Tahun 1 Sesi 2012/2013

Program ini memberi peluang kepada pelajar UKM melalui pengalaman bekerja di UKM di sepanjang tempoh pengajian. Pelajar akan diberi gaji mengikut jam bekerja di Fakulti /Institut /Pusat yang ditempatkan.

Program ini juga memberi peluang kepada pelajar menyertai program pembangunan kapasiti dalam keterlibatan industri dan masyarakat HEJIM.

Borang permohonan perlu dikemukakan sebelum 21 Januari 2013 melalui Ketua HEJIM di Fakulti .
                          
Tarikh Acara               :          07/01/2013 -21/01/2013
Masa Acara                :          08:00 Pagi
Tempat                       :          tiada
Penganjur                   :          Pejabat Hubungan Industri- HEJIM

Download borang dan segala pertanyaan di :
http://portalewarga.ukm.my/Pages/Portalewarga.aspx 
ni aku copy jep dekat portal aspirasi UKM..

Dato' Siti Nur Haliza with new style

Assalamualaikum and gud nitezzzzzzzzzzzzz..

Haip orang kampung orang bandor sume..cik br tw yang Dato' Siti dah bertudung full. huhu..lambat sikit tw perkembangan artis..hehe.. Tapi sejujurnya shes look sangat chntek and nampak muda dari umur sebenar dia yang menjangkau usia 34 tahun. Macam mana le rupe aku 10 tahun dari sekarang kan..10 tahun akan datang umo aq sme le ngan umur Dato. Siti sekarang..tengah pikir nak pakai produk apa bagi maintain muka nih.. pakai Simply Siti kah t jadik kulit cam Dato. Siti  :) .Halus mulus gitu.. By the way nk wish Hepi Birthday Dato' Siti. Semoga dimurahkan rezeki and cepat2 dapat baby..even aku tw dia never ever view blog aku kan..haha..tapi tak pe nak wish jugak..
Hepi Bestday 2 u ^_^ 

Diharapkan perubahan ni kekal hingga ke akhir hayat..and pesanan untuk diri aku jugak berubahlah untuk kebaikan diri..ubah slow2 ok.=)

Friday 11 January 2013

Meroyan Selepas Bersalin (Tekanan oleh golongan wanita selepas bersalin)

Assalamualaikum dan Selamat Malam Dunia..

Best kan kalau dapat baby..dapat adik baru..anak saudara baru..Saat menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga merupakan saat yang membahagiakan TAPI adakah saat itu merupakan saat yang membahagiakan bagi si ibu yang melahirkan bayi tersebut ataupun bermulalah perubahan dalam kehidupan sehari-hariannya. Perubahan yang saya maksudkan dekat sini ialah perubahan emosi wanita tersebut terutama sekali lepas or masa berpantang. Untuk pengetahuan semua masa berpantang ni lah waktu yang SANGAT PENTING sebab waktu nilah yang akan menentukan samada ibu akan kemabli normal seperti sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat tekanan emosi seumur hidup..

Jom kita tengok maksud tekanan selepas bersalin nih sama-sama..Kalau tak faham tanya la pakar okie.. Tekanan emosi ni kalau orang Melayu cam aq nih panggil penyakit angin meroyan.. Ala mesti korang pernah dengar mak-mak korang ke akak-akak korang ke cakap meroyan.. artis-artis pun ade gune nih..ce teka sape..huhu.. Meroyan nih sebenarnya penyakit tekanan emosi bagi ibu-ibu yang mengalaminya semasa atau selepas pantang.

Tingkah laku/Tanda-tanda kemurungan selepas bersalin atau "postnatal depression" :
  1. sukar tidur
  2. sentiasa mengalami kepenatan
  3. kerapa merasa tegang
  4. perasaan rendah diri yang melampau
  5. cepat marah
  6. menjauhi hubungan seksual dengan suami malah membenci si suami
  7. kemurungan
  8. rungsing
  9. kelihatan tidak bermaya
  10. perubahan sikap periang kepada pendiam
Tapi selalunya ahli keluarga tak alert sangat dengan benda-benda nih, sebabnya dieorang rasa ni perubahan yang semulajadi contoh macam umur dah meningkat. Faktor-faktor yang menyebabkan tekanan emosi ni  antaranya ialah :
  1. melahirkan bayi yang tidak sempurna/kurang upaya
  2. kesakitan semasa bersalin
  3. wanita yang bersalin berkemungkinan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya sendiri atau mertuanya. Ini akan menambahkan lagi tekanan emosi yang dialami oleh dirinya.
  4. Suami tidak memahami kesakitan yang dialami oleh si isteri
  5. Ibu terpaksa berjaga malam untuk menyusukan bayi tanpa mendapat rehat yang cukup.
  6. Orang sekeliling tidak memahami perasaan atau kepayahan yang dialami oleh ibu yang melahirkan
Ibu yang bersalin ini memerlukan sokongan daripada ahli keluarga terutamanya sekali suami supaya tidak lari daripada masalah yang dihadapi oleh isteri. Bantuan daripada suami sangatlah diperlukan oleh si isteri pada waktu ini kerana mereka mereka sudah melalui tempoh yang sukar bermula dari waktu mengandung sehinggalah selepas melahirkan. Apabila kita melihat tanda-tanda ini kepada ibu atau saudara kita selepas bersalin, bantulah dirinya untuk kembali kepada keadaan biasa, hiburkan hatinya, jangan biarkan dirinya bersendirian kerana akan ada makhluk lain yang akan membisikkan kata-kata yang akan mendorong dirinya untuk bertindak diluar batasan. Selain itu, persediaan diri si isteri sangatlah penting kerana jika mereka tidak bersedia untuk menerima kehadiran ahli baru mereka akan tertekan.
welcome to the world tomey2.

Fikirlah wahai adik ku sayang.

HIDUP..
KEHIDUPAN..

Kehidupan ni tak semudah yang kita gambarkan. Tak seindah bunga-bunga di taman yang mekar di kala embun pagi mula menitiskan air matanya. Waaaaaaaaaaaaaaaaa puitis giler.kih3
Tapi betullah hidup ni umpama bulan ada siang ada malam..aku x nak guna hidup ni umpama roda kejap kt atas kejap kt bawah..aku nak guna hidup ni umpama bulan..kenapa? sebb bulan ada waktu malamnye die menerangi kita muncul bersama kita..ada kalanya kehadirannya ada tapi kita x hiraukan apatah lagi memandang ke langit..

Hidup ni penuh dengan ranjau wahai adikku sayang. Fikirlah tentang mak ayah yang membesarkan dirimu..Fikirlah tentang masa depan mu.. Kenapa perlu mengikut kata hati yang sudah pasti akan membinasakan dirimu suatu ketika nanti. Bila saat itu tiba..janganlah adikku menyalahkan ibu bapamu..saudara-saudaramu..kerana adikku sayang yang memilih jalan buntu tuuuuuuuuu..

Semoga adikku sayang sentiasa dilindungi Allah S.W.T, dilembutkan hatinya..AMIN..ubahlah cara pemikirann mu itu..sedarlah..

Monday 7 January 2013

Bila Rindu datang Menyengat lagi..adoiiiiiiiii


안녕히 주무세요

나의 왕자님 Syafiq 솔로몬 근처에 갑자기 갈망.
난 당신을 사랑 해요.



Without You

Holaaaaaaaa..lalallalalla..haha

Malam nih nak post lagu Tanpamu memandangkan semalam juara lagu kan..Big Clap and Congrates to Aizat yang menggantikan Yuna untuk bawa lagu Terukir di Bintang. Dia mampu nyanyi lagu tersebut dengan baik even dua hari jep mase yang dia ada untuk practise segala bagai. And da most important things is he can sing daa song with his own style..Syabas bro..u can make it..And for Yuna u have choose right person to sing ur song for AJL 27 kali nih.

Tapi dalam entry kali nih aku bukan nak cter sal lagu Terukir di Bintang..hhhohoho..but lagu Tanpamu from Amir Jahari. Best pulak aku dengar semalam..haha..Lagu ni jugak merupakan lagu untuk filem BFF. And aku tujukan lagu nih untuk MYBFF dekat UKM and MYBFF sejak dr bangku sekolah lagi. Kepada kalian semua dis song for you..Dengor aku nyanyi..tanpaaaa mu ku kan terlewat~~tanpamu ku kan jatuh (teringat lak kejadian menyengat dekat FPEND semalam) ~~ hehe.

Amir Jahari - Tanpamu

Selamat Pagi semua
Dengarkanlah nada
Suara dan irama
Yang menyakitkan telinga

Embun pagi yang lembut
menyentuh pipi yang gebu

Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih (nih ble tyme bile x cukup korum)
Kerana kau lah penyelamat (haha penyelamat tyme cover and backup each other)
Dan akan sentiasa di hati

Saat 7 pagi (tyme bangun nak g kelassssss..huhu)
Akan ku tersedar
Mungkin kerana kau
Aku dapat merasa

Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Awan pun turut terikut
Hingga pagiku sambut

Ulang tanpamu 3x (malas nak tulis benda yang sama..huhu)

Tanpamu
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tamat.~~

Ayat last yang paling penting DAN AKAN SENTIASA DI HATI..sebab kami dah nak habis study..so dah x dapat nk spent mase..nak nakal same2 ..nk giles same2.. bila kami dah habis belajar nanti masing-masing dengan life masing2..ade yang nak kawen..masing2 ade masa depan yang nak dikejar semua demi orang yang kami sayang and diri kami sendiri..

P/S untuk mybff semoga kita semua berjaya dalam hidup masing2 dan akan gapai segala matlamat hidup kita sejak dari sekolah rendah sampai la sekarang. 




Misi Mencari Rumah Sewa


Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Episod 1 :
Misi mencari rumah sewa untuk praktikal bulan Februari nanti.. Sekarang ni kami still dalam proses mengekol dan mencari lagi la rumah-rumah sewa yang ada dekat area-area Setapak, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Dah dapat satu rumah nie..tapi macam banyak pula kesukaran yang terjadi untuk mendapatkan rumah tu..jadiknya aku n kawan-kawannya pon decide untuk tidak pegi tengok rumah 2..

IM LOOKING FOR A HOUSE TO RENT
Nak cari rumah sewa nih banyak aspek yang kena tengok lagi-lagi gul sume kan. Fisrt bagi aq of kos le about our kewangan. Memandangkan kami ni student lagi kewangan tu menjadi masalah jugak la sebenarnya kalau nak membayo sewa bulan-bulan tu. Then, kena tengok jarak umah sewa ngan tempat praktikal tu samada jauh o dekat.. Kalau jauh pon susah jugak nak tempuh jem segala bagai. Pastu kena tengok kejiranan jugak area situ macam mana. Kalau depan, belakang, kiri kanan kaum yang x sama jenis pon susah jugak aku rasa. Bahaya sikit better pilih rumah yang ada jugak kaum yang sama macam aq nih.. Bukan nak racis ke ape-ape tapi untuk keselamatan masa duduk dekat rumah tu..Yang ketiga public transport..haha yang ni penting sebab senang nak ulang alik g mana-mana. Lagi-lagi kemudahan KTM/LRT o Teksi yang penting. Nak balik kampung senang kalau rumah yang kita sewa tu senang dapat public transport. Ye dak ?

Sape-sape ade rumah yang nak disewakan di area Setapak, Wangsa Maju  atau ade kawan-kawan yang nak sewakan rumah boleh bagi nombor telefon pada saya eh.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.

Saturday 5 January 2013

Secret of Man

Salam..Hai gurls sume..ni nak share sikit fakta tetang lelaki yang u olss kena tw..^_^

1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.

2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.

3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.

4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.

5-Apa kau sedang buat? "Atau" Kau sudah makan? "Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.

6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.

7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.

8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.

9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.

10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.

11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. ...Tak akan berani punya :)

12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.

13-Lelaki menangis!!

14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.

15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.

16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.

18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.

19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.

20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.

21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.

22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.

23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.

24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!

25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.

26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.

27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)

28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!

29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.

30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)

31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.

32-Kelemahan lelaki ialah di 'atas' lutut.

33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.

35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.

36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.

37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.

38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.

39-Kebanyakan lelaki benci gay!

40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.

41-Lelaki sayang ibu mereka.

42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.

43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.

44-Apabila seorang gadis mengatakan "tidak", seorang lelaki mendengar sebagai "cuba lagi".

45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan "Diamlah" dengan begitu baik.

46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.

47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.

48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.

49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.

50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)

51-Lelaki sering memikirkan gadis yang suka kepadanya. Tetapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu suka gadis itu.

52-Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad.

53-Tiada lelaki tidak baik apabila dia sedang mengurat.

54-Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri. Cuma dia terlalu degil untuk menanganinya.

55-Lelaki suka dengan gadis yang boleh memasak.

56-Lelaki akan membuang masa beliau terhadap permainan video dan bola sepak.

57-Lelaki sentiasa menganggap perempuan ni aneh dan mempunyai keputusan yang tidak dapat diramalkan tetapi mereka akan masih menyayangi mereka.

58-Lelaki tidak suka gadis-gadis yang boleh menumbuk lebih kuat daripada mereka.

59-Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ianya samada dia kagum kat anda atau dia mengkritik anda.

60-Anda tidak akan dapat memahami melainkan jika anda mendengarnya dari seorang lelaki.

61-Lelaki suka pada perempuan yang seperti ibu-ibu mereka. Jangan main-main!

62-Lelaki serta-merta boleh tahu jika gadis itu suka kat dia tetapi tidak dapat memastikan melainkan jika gadis itu memberitahu dia.

63-Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap guna ayat tentang cinta pandang pertama itu untuk memikat gadis.

64-Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ia tentu sangat penting.

65-Apabila seorang lelaki menyukai anda, dia akan mengajak anda keluar.

66-Lelaki juga boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal.

67-Apabila seorang lelaki mengatakan dia tergila-gila kat gadis itu. Dia serius.

68-Apabila seorang lelaki menyuruh anda meninggalkannya seorang diri, dia sebenarnya berkata, "Tolong temani aku".

69-Perempuan adalah kelemahan lelaki.

70-Jika anda membuat lelaki itu menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi sukar untuk dia melepaskan anda.

71-Ketinggian perempuan tidak penting untuk seorang lelaki tetapi berat badannya amat penting!

72-Lelaki lebih suka perempuan yang tahu guna otak daripada yang tahu guna badan.

73-Apabila masalah datang, lelaki lebih menyalahkan diri mereka berbanding perempuan.

74-Lelaki terlalu banyak berfikir.

75-Fantasi lelaki adalah tidak terhad.

76-Lelaki tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan.

77-Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah-
masalahnya, dia hanya perlu seseorang untuk mendengarnya. Anda tidak perlu memberi nasihat.

78-Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa saja.

79-Kalau seorang lelaki berdiam diri, cuba la anda yang mulakan perbualan.

80-Apabila seorang lelaki berpura-pura bertenang, cuba periksa jika dia berpeluh. Anda akan tahu yang dia tu gementar.

81-Lelaki benci apabila pakaian mereka menjadi kotor. Walaupun cuma titik kecil.

82-Perbuatan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu suka kat anda ialah apabila dia akan bergurau dengan anda.

83-Apabila anda menangkap dia menipu kat kamu dan dia meminta peluang kedua, memberikan peluang kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang sekali lagi, tinggalkan dia.

84-Walaupun gurauan anda tak lucu, lelaki akan tetap senyum.

85-Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam hubungan.

86-Lelaki itu mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi mempunyai usaha yang lemah.

87-Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan terutama apabila mereka telah bersama-sama selama 3 tahun atau lebih.

88-Jika seorang lelaki memberitahu dia mencintai anda sekali seumur hidup. Dia betul-betul maksudkannya.

89-Lelaki benar-benar mengagumi perempuan yang mereka suka walaupun perempuan tu takla cantik sangat.

90-Lelaki tak suka perempuan yang kuat maki. :)


Banyak kan..hahha..ada yang betul dan ada yang macam x betul jep..tapi tak tau le sbb sy perempuan..huhu..

Cuti Sekolah Masa untuk Jalan-Jalan

Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua ^_^
Episod 2 : PETROSAINS di KLCC


Mula-mula sekali kite tengok harga untuk masuk ke PETROSAINS nih ok ?
Hari tu kami kena RM32.70 untuk 3 orang .
Aku RM 12.70 sebab ade kad pelajar.
Kak aq RM15 (18-55 tahun) .
Adik Syakir RM5 ( 3-12 tahun) je.
Ni harga bagi yang ada myKad dan kad pelajar bagi yang tak dak myKad means bukan warganegara harga dia mahal sikit la dari kita. Ni maklumat lanjut sal  harga tiket Petrosains, KLCC

Kami hari tu guna laluan ekpress rakyat punyer sebab ramai sangat orang datang time tuh..So kami tak naik la gondola kami naik lif..haha..Jadiknya kami tak lalu DarkSide kami ikut jalan yang lurus lari terang gitu.
Mula-mula kami sampai dekat Checkpoit yang Pertama. Ada banyak Checkpoint dekat dalam Petrosains nih.

Ni antara yang ada dekat checkpoit yang pertama..
Dunia nih aku yang punya..hahaha
Tapi jangan korang men suka-suka je pegang benda nih ramai-ramai. BAHAYA OK!

Nak tau bahaya bakpenye..meh cik Siti bagitau..contoh kakak kita tengah sentuh benda alah ni, tetibe jep kita pulak pergi pegang tangan die ke..pipi die ke..secara automatiknye die terkena kejutan elektrik..die la yang sakit kite tak..so sentuh-sentuh dia lagi..hahha..jahat2..ni abg yang kerja dekat pertrosains tu la yang bagitau..sebab die buat demo dekat kiteorng.. Jadiknya cik Siti nak ingatkan pada semua berhati2 la yer..jangan dok syok tengok cahaya tu jep jap g ada yang mengelejat sowang-sowang kena kejutan lektrik..

Pengembaran diteruskan lagi..yuhuuuuu..
debaran untuk rasa kekuatan taufan tornada cam ne..
Ni firstime aku rasa camne la rasa waktu taufan berlaku. Memang kuat la angin die nak tercabut tudung-tudung tuh rase. Tapi aku cadangkan bagi yang ada penyakit jantung ke asma ke better jangan masuk la dalam Hurricane nih sebab nye angin die terlalu kuat nanti ada yang x sempat nafas ke ape ke. Bahaya !

yes berjaya amik kereta turbo tuh..

infiniti world .. dunia ni kami yang punya.. =)


gempa bumi...lariiiiiiiii...
Ni lak kita bleh rasa suasana macam mana gempa bumi berlaku. Kiranya dia punya gegaran la. Kiteorang pilih yang gegaran kuat so macam nak jatuh jep lampu yang atas pala kiteorng tuh..tapi syok dok men lagi.

Dunia Dinasour

Ke alam petroleum
Secara jujurnya memang best la Petrosains nih lagi-lagi kalau bawa budak-budak sekolah rendah la. Berseronok sambil dapat ilmu. Sangat best. Petrosains nih tutup pukul jam 6.00 petang so kalau nak lama-lama dalam nih kena la datang awal baru best korang punye journey tuh..Boleh jugak booking tiket awal-awal sebelum datang.

End of Story ^_^

Friday 4 January 2013

Cuti Sekolah Masa untuk Jalan-jalan

Assalamualaikum dan Hai semua ^_^. 

Episod 1

Cuti sekolah yang lepas saya, kakak dan adik saya telah beruti bercuti di Kuala Lumpur. Kami telah pergi ke KLCC dengan menaiki KTM dan LRT Putra. Kami berjalan-jalan di sana. Kami terjah ke kedai buku Kinokuniya , di sana terdapat beribu-ribu buku. Kami kemudiannnya masuk Petrosains dan terjah macam-macam kedai lagi.. Kami meneruskan perjalanan tanpa henti...hahhaa.. ni contoh karangan masa sekolah rendah dolu2 la..hik2..

Ni kisah yang sebetulnya..
Sebelum nak bawa my little brother Syakir g jalan-jalan kt KlCC tu..aku search la dulu cara nak ke sana dengan menaiki KTM..hasil pencarian yang menggunakan pelbagai sumber akhirnya aku berjaya tau ape yang aku kena ambik untuk ke sane..dengan bantuan opkos le Encik Google nia..Trimas Encik Google..

Bagi sape-sape yang tak tau nak g KLCC naik KTM cam aq la jugak first dulu meh aku ajorkan...
aq dari Stesen KTM Petaling ---> KL Central ambik LRT PUTRA---> KLCC. masa dekat KL Central tu kena ambik ke arah Platform 1 untuk ke LRT PUTRA sebab kalo ke Platform 2 bg sapa-sapa yang nak naik Monorail sahaja ye tuan-tuan dan puan-puan. Tapi korang tak payah riso sebab ade petunjuk dekat situ.. x sesat punyer.. Kalo sesat pon dalam KL central tu jugak..Tambang die x mahal la kalau dari Kl Central ni dalam singgit lebey la kalo x salah..tak ingat lak..kurang makan kurma gini la jadiknya..huhu..

ni tambang dia aku cari..so korang boleh la bujet2 tambang perjalanan ok..


Watak cerita dalam Episod ini ialah memperkenalkan....taraaaaaaaaaaaaaa :
Syakir Ismail
Zabedah Ismail
Ahsiah Ismail