Thursday 17 January 2013

Hipotesis Nurani. Apakah?

Aku tengah stdy untuk subjek last paper Jumaat nih jam 8.30 pagi bertempat di Perpustakaan Kedua, UKM.Hipotesis Nurani?? Hipotesis Nur Ani ke?? jawapan tidak3x.
 Meh sini nak cite, nak buat revision sikit tajuk tu kat sini.

Hipotesis Nurani cakap proses penguasaan bahasa pertama ialah proses yang mudah..simple..aiceh.. yang hanya memerlukan seseorang kanak-kanak tu membuat penyesuaian terhadap nahu yang bersifat umum yang ada dalam alat pemerolehan bahasa semula jadi dengan nahu yang khusus bagi bahasa ibunda atau bahasa pertama seseorang kanak-kanak.

Hipotesis Nurani ni kata lagi, kanak-kanak dapat  menguasai pelbagai rumus bahasa ibunda sebab kanak-kanak mempunyai atau wujudnya alat pemerolehan bahasa secara semula jadi dalam akal budi seseorang kanak-kanak. Alat pemerolehan bahasa ni memang ada dalam akal budi kanak-kanak sejak dari lahir lagi, sebab ia adalah secara semula jadi. Jadinya, proses pemerolehan bahasa pertama/ibunda ini bukan bermula dari titik kosong tapi bertolak daripada pengetahuan semula jadi yang terkandung dalam alat pemerolehan bahasa.

Kanak-kanak dia bukannya belajar sistem-sistem  bahasa pertama tu, tapi kanak-kanak membuat penyesuaian atau adaptasi pengetahuan bahasa semula jadi yang ada dalam akal budi kanak-kanak dengan sistem bahasa pertama. Alat pemerolehan bahasa nilah yang akan membantu kanak-kanak memahami pelbagai konsep yang berda di persekitaran mereka.

Para sarjana yang mempelopori dan menyokong Hipotesis Nurani ni kata, dalam proses pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak tak memerlukan bukti-bukti negatif (pembetulan atau teguran orang yang lebih dewasa terhadap kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh kanak-kanak). Para Sarjana menyokong kepada bukti positif iaitu penguasaan bahasa pertama hanyalah berasaskan data bahasa yang diperoleh oleh kanak-kanak daripada mereka yang telah menguasai bahasa dengan baik. Maksudnya kanak-kanak tak perlu diajar atau dibimbing sebaliknya mereka hanya perlu membuat penyesuaian data bahasa yang diperoleh bagi membolehkan nahu universal yang sedia ada dalam akal budi disesuaikan dengan nahu bahasa pertama.

* maklumat tak berapa lengkap sebab aku tulis apa yang aku ingat je.
* Nanti aku masukkan full nota pasal Hipotesis Nurani nih.

No comments:

Post a Comment