Wednesday 22 May 2013

Rombongan Lelaki nak datang rumah =(

Assalamualaikum dan selamat malam..
Semalam aku kuar makan dengan syafiq..die ade bagitau famili die nak balik perak ade kenduri dekat kampung die..Semanggol..Kakak die, abg ipar die suruh singgah Teluk Anson tempat aku..daha alang-alang mak ayah die ade sekali..bila lagi nak kenal-kenal..mmm

Aku x tau la mak aku ok ke x..aku x tanya lagi pon mak aku..sebab tyme akak aku x de pihak laki datang..sebab ayah aku dah kenal dengan ayah abg ipo aku..tp aku lain sikit, dieorng xkenal lagi..Aku takut nak bgtw mak..sbb aku ase mak aku akan kata x payah lagi la =(.Tanya akak aku pon x de respon pon..

Sedih =(.Ade nasihat dari teman-teman x?

Saturday 18 May 2013

Sambutan Hari Guru (16 Mei2013)

1 ASPIRASI 1 AGENDA tema hari guru bagi tahun 2013..

Kepada cikgu-cikgu yang telah mnegajar saya dari kecil sampai lah ke saat ini..terima kasih cikgu..mak ayah,kakak,abag datuk , nenek semua merupakan cikgu-cikgu bagi saya. Kerana sebelum melangkah ke alam persekolahan mereka inilah yang menjadi cikgu kepada saya walaupun secara tak langsung.

Dan insyaAllah suatu hari nanti tiba giliran aku pula untuk menjadi pendidik.Nak cerita tentang sambutan hari guru yang disambut dekat SMPK (CACAT PENGLIHATAN)SETAPAK, iaitu tempat aku sedang menjalani praktikal sekarang.

Kami telah bersiaran secara langsung dalam MHI ..yahooooooooooo..masuk tv3..hik3.mereka telah bersiaran langsung dr jam 7 hingga 9 pagi..Tapi aku x nk cter y MHI nih..aku nak citer yang sukaneka yang telah dijalankan.Cikgu2 sini sangat sempo dan sporting semua enjoy dengan aktiviti yang dijalankan.
COntoh pertandingan yeah dpat bj br..cikgu2 laki dikehendaki memakai pakaian yang dipilih secara rawak dalam beg yang disediakan.Mereka wajib pakai kalo x kumpulan mereka akan kalah..hahaha,,.nasib le cikgu2 oit..gambar xleh nk upload dekat sini..nanti disalahgunakan pulak..huhu..

then ade lagi permainan kunci nama..aku join yang nih..hahah..dapat nobor 3..permaianan pancing belon..kaki tempang le..mcm2 lagi..



pancing jgn x pancing cikgu =)

Thursday 11 April 2013

Perpaduan

Hari isnin nie aku ajar tajuk perpaduan untuk mata pelajaran sivik f2.Jadiknye aku cr la maklumat pasal PLKN..and ape yang bestnye aku sendiri ade pengalaman dapat masuk PLKN..jadik mudah sikit untuk aku cerita pada para pelajar tentang perpaduan..ni link PLKN kalo adik-adik nak cek nama layak ke tak menyertai PLKNSEMAKAN PLKN 2013.

Saturday 16 March 2013

Praktikal as a Special Education Teacher

Assalamualaikum & Selamat petang..

Lame dah aku tak menulis dekat sini sbb bz dengan praktikal.. Kami start pratikal 18/2/2013 dan tamat pada 5/7/2013. Aku pratikal dekat Setapak, nama sekolah yang diberi Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan) Setapak.

Dari hari first aku dengan kawan-kawan masuk sampai la ke hari ini, saat ini, cukup tiga minggu kami menjalani kehidupan as a teacher. Sape kate kerja cikgu ni senang ? Angkat tangan anda..anda dan anda..
hahaha.. Kerja as a teacher sangat-sangat banyak. memang betul la bebab kerja cikgu sangat banyak.. Kami  yang praktikal ni pon dah rase bebanannye..TAPI selagi kite buat kerja kite dengan ikhlas, segala bebanan tu akan rasa kurang..Yang penting time managment.. Sangat Penting..

Menjadi seorang guru tak semudah yang disangka..sebab tak semua student kita mempunyai tahap keupayaan yang sama tambah-tambah yang mempunyai masalah penglihatan. Mereka tak dapat nak buat kerja macam kita dengan cepat sebab penglihatan mereka terhad.. Guru kena banyak tolong student2 nih..

Ok ini untuk intro...banyak g citer benarnye..tapi i have a work to do demi all my students..
Cikgu Sejarah Chayok2 !!

Friday 18 January 2013

Baju Tshirt Lace

baju ni..baju nih..

Hohohoho..finally aku dapat beli baju lace nih..hik. ^_^

Thursday 17 January 2013

Gud Luck 4 Me =)

Praktikal ni buat leklok ok..Chaiyok2 gurl.

TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN DI UKM

Salam semua..

Terdetik rasa hati ni nak tulis blog waktu sekarang..Sabtu ni hari last aku dekat UKM and kawan-kawan baik ku sorang demi sorang akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Selama 4 tahun nih, aku ada 4 orang kawan rapat yang sekepala gila-gila cuma kadang-kadang ada benda-benda yang kami tak sama pendapat. Kepada Hazatul Azleen Yaakob, Nurul Kaizura Binti Zainuabidin, Nurfarahain Binti Abdul Rahim semoga kita berjaya menjadi cikgu Pendidikan Khas yang cemerlang suatu masa nanti. InsyaAllah. We can do it. Walaupun lepas ni, kita dah tak jumpa macam dulu, aku harap korang tak lupakan aku..Semua suka duka kita, macam-macam pengalaman kita dekat sini and macam-macam benda yang kita buat seriusly aku akan ingat sampai bila-bila. Korang semua memang kawan yang baik, juga sahabat n teman aku.. Susah senang sama-sama. masa dekat UKM nih. Dekat UKM nih korang la yang jaga aku sebab kita jauh dari mak ayah kita.. Korang memang kawan yang terbaik. Setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan, tapi jangan la lepas habis belajar nih hubungan kita tros lost macam tu je..Aku tak mau la jadi macam tu..Senang-senang nanti korang mai la umah aku lagi weiyh..


dis is Jue

Dis is Leen
Dis is Farah
Kami berbeza tapi kami punyai persamaan. Gonna mis all of  u. Pertemuan di Fakulti Pendidikan menjadikan  kita rapat.Dieorang tida orang nih sangat sempoi..banyak cakap..haha..riuh tak kira mana tempat..mudah mesra dengan orang..tapi batas-batas pergaulan dijaga..Luv all of u.


Batu Night Spectacular, Indonesia


Dan tak lupa jugak kepada semua dak2 Special Education yang lain Kak Ita, Dayah, Nernny, Chai, Pae, Jannah, Mus, Mai, Sarah, Lin Rani, Mira, Kak Nora, Ayu, Mimi, Peja, Ki, Nuar, Lia, Ina, Hani, Ain buktikan pada our lectrer dat we can make changes dalam bidang Pendidikan Khas ni. Chaiyok2 semua.
tiga orang jejaka dalam kelas kami =)
We r the greatest.. Honestly sy sayang semua.

Saya tahu mungkin ada dalam kalian semua terasa hati dengan saya. Saya mintak maaf sangat2..Tak bertegur sapa tak bermakna saya tidak menyukai anda..sejujurnya tak ada perasaan yang macam tu dalam hati saya..Maafkan diri ini andai pernah mengguris hati kalian semua tak kira la melalui tingkah laku mahupun percakapan saya. =(

My Tempat Kerja (First Time In My Life)


Aku mula-mula save gambar nih sebab kata-kata dia. Tapi bila aku tengok lukisan dia..eh ni macam pondok kecil, usang yang selalu aku dengan kawan aku Ida ngan makcik2,  ni la port kiteorng untuk berteduh daripada hujan and port makan b4 start buat kerja. Ce teka aku kerja ape..hik3..Cepat3..anda ada masa tiga saat jep. Tak pela sebab hari ni aku baik hati..aku bagitau jawapan korang tak yah teka..aku kerja MENYULAM, tau tak menyulam 2 ape..bulan sulam kain le..Aku menyulam padi. Orang bandar aku ase tak tau mende nih. Kot la..i guest. Aku keje ROGGING buka reging okie..Pastu tabur racun tikus la..sangat best yang nih tapi bahaya. 

First tyme in my life buat semua-semua nih. Ayah aku ade jep bendang tapi tak pernah buat rogging ke tabur racun tikus ke. Menyulan je la pernah mase aku form bape ntah. Tak ingat dah. Pastu korang tau ape jadik pada padi yang aku ngan akak aku sulam tuh. Pokok padi tu MATI. what a spoil..Mak aku kata tangan kami tangan jenis panas. Kalau tanam-tanam pokok nih, pokok mati..Tak tau nak caye ke tak.(^-^). 

Aku keje nih tyme cuti sem yang empat bulan tuh. Dah stay kat umah aku tak buat pepe, bek aku kerja ..aku dapat duet..yessssssss aku kaya..aku kaya...hahha..Tiap-tiap bulan kuar shoping..Orang Kaya Baru le katekan..

Aku nak cerita menyulam tu macam mana..Menyulam/menanam tujuan dia untuk penuhkan ruang-ruang kosong yang tak tumbuh pokok padi. Selalunya menyulam ni orang buat masa pokok padi tu kecik ataupun sederhana beso ( dah cukup tempoh matang) kalo pokok padi dah beso, pokok padi tu tumbuh tak sama. Sebab masa pokok padi ni kecik ada air lagi so senang la nak menyulam/menanam.Kalau tak tanah tu keras hampa tau dak. Patah tangan nak cucuk .Cara menyulam padi ni dijalankan dengan empat atau lima jalur yang dipanggil "tekap". Tekap ni kiranya macam lorong-lorong la.Sorang ambik satu lorong untuk menyulam padi. Kalau orang yang mula-mula menyulam padi macam aku kompem jadik macam ular kena palu..habis bengkang-bengkok lorong aku. Makcik-makcik tu buat lurus jep. nampak sangat dieorang nih memang pro. Tak payah guna pembaris-pembaris nak bagi lurus..Kagum gak aku mula-mula tu. 

Ni  alat untuk menyulam  "KUKU KAMBING". Bukan kuku kambing kat kambing tuh..
Pemegang dia diperbuat daripada kayu atau plastik, hujung dia besi yang dicabangkan sedikit untuk memudahkan semai (pokok padi yang dah cukup tempoh matang) diletakkan sebelum di tanam ke tanah. Tak pun korang boleh jep guna jari korang.Korang selalu buat Peace tu kan. Ha buat jari korang macam tu untuk tanam semai padi tu. Ini serius ok.
Ini adalah contoh orang tengah meyulam.

Nak tengok tak pakaian aku mase bekerja..hik3..jangan gelak ok !

Bile aku buat kerja-kerja ni, baru aku tau betapa susahnya mak ngan ayah aku yang membanting tulang dekat tengah-tengah sawah padi. Macam nak patah tulang weiyh buat sume2 kerja nih..Aku 4 hari macam tu la sengal badan-badan sangat-sangat..Sangat sakit. Kalau korang tak percaya aku suggest kan baik korang cuba.hehehe.. Tapi dieorang tak pernah kan merungut dekat kita, tak pernah nak tunjuk dekat kita yang dieorang sebenar letih, penat, buat semua-semua tu, tapi demi anak-anak mak ayah kita diamkan je. Layanlah mak ayah kite dengan sebaik mungkin sementara mak ayah kita still diberikan peluang untuk hidup. Sebab kita tak tau kan antara kita dengan mak ayah kita sape yang akan pergi dulu. Buat anak-anak semua, ingatlah jasa mak ayah kita semua. Jangan mak ayah dah takde baru nak ingat semua pengorbanan mereka. 

BILA STRESS .. APA YANG KORANG BUAT

Hik3. nak tau apa yang aku buat bila stress...aku make up-make up dalam bilik sorang2.. aku try gaya tudung yang macam style-style sekarang..aku begaye dalam bilik jela.nak pakai kat luar maleh..rase cam over pulok..tapi orang lain pakai ok jep aku tengok..haha..My bff olwez said asi begaye dalm bilik je..haha sebbnya aku suka ambik gambar pastu aku bagi dieorang tengok & komen.

First, ni gaya tudung retis2 
Ni time lepas balik dari wedding akak housemate my fren. Masa g gaya tudung lain..balik je aku buat gini.

Lilitan Mengelilingi Dunia 
Yang ni pulak tak tau la gaya apa..pakai lilit atas kepala bagai..kat luar memang aku tak buat la cm ni..hahhaa..pelik bebenor aku tengoknye.

nak tempah jurumekap..call saye..haha
Ni aktiviti stress yang ketiga .makeup time..Apa la hang buat ni cik Asi oit..pembaziran alat makeup hang ja..hang tau dak?

Banyak lagi benda yang aku buat bila stress, makan dengan banyak nye..oder dominos puas2..seminggu 2 kali..perot tong ke ape tak tau la..Pastu aku main game sampai tak hinggat dunia...Tido usah dikata la..Luah dengan kawan-kawan..Membaca al-quran..pengubat jiwa yang sebenar2nya..seriusly sangat tenang bila baca al-quran atau dengor zikir yang Hafiz Hamidun rekod tuh..aku download je..hik3..Sesungguhnye aku pun manusia macam korang jugak..kadang-kadang buat benda2 tak berfaedah untuk hilangkan stress mcm main game..make up sume tuh..huhu..Ni cara aku hilangkan stress y indoor punye..outdor aku x cter g..=)

Hipotesis Nurani. Apakah?

Aku tengah stdy untuk subjek last paper Jumaat nih jam 8.30 pagi bertempat di Perpustakaan Kedua, UKM.Hipotesis Nurani?? Hipotesis Nur Ani ke?? jawapan tidak3x.
 Meh sini nak cite, nak buat revision sikit tajuk tu kat sini.

Hipotesis Nurani cakap proses penguasaan bahasa pertama ialah proses yang mudah..simple..aiceh.. yang hanya memerlukan seseorang kanak-kanak tu membuat penyesuaian terhadap nahu yang bersifat umum yang ada dalam alat pemerolehan bahasa semula jadi dengan nahu yang khusus bagi bahasa ibunda atau bahasa pertama seseorang kanak-kanak.

Hipotesis Nurani ni kata lagi, kanak-kanak dapat  menguasai pelbagai rumus bahasa ibunda sebab kanak-kanak mempunyai atau wujudnya alat pemerolehan bahasa secara semula jadi dalam akal budi seseorang kanak-kanak. Alat pemerolehan bahasa ni memang ada dalam akal budi kanak-kanak sejak dari lahir lagi, sebab ia adalah secara semula jadi. Jadinya, proses pemerolehan bahasa pertama/ibunda ini bukan bermula dari titik kosong tapi bertolak daripada pengetahuan semula jadi yang terkandung dalam alat pemerolehan bahasa.

Kanak-kanak dia bukannya belajar sistem-sistem  bahasa pertama tu, tapi kanak-kanak membuat penyesuaian atau adaptasi pengetahuan bahasa semula jadi yang ada dalam akal budi kanak-kanak dengan sistem bahasa pertama. Alat pemerolehan bahasa nilah yang akan membantu kanak-kanak memahami pelbagai konsep yang berda di persekitaran mereka.

Para sarjana yang mempelopori dan menyokong Hipotesis Nurani ni kata, dalam proses pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak tak memerlukan bukti-bukti negatif (pembetulan atau teguran orang yang lebih dewasa terhadap kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh kanak-kanak). Para Sarjana menyokong kepada bukti positif iaitu penguasaan bahasa pertama hanyalah berasaskan data bahasa yang diperoleh oleh kanak-kanak daripada mereka yang telah menguasai bahasa dengan baik. Maksudnya kanak-kanak tak perlu diajar atau dibimbing sebaliknya mereka hanya perlu membuat penyesuaian data bahasa yang diperoleh bagi membolehkan nahu universal yang sedia ada dalam akal budi disesuaikan dengan nahu bahasa pertama.

* maklumat tak berapa lengkap sebab aku tulis apa yang aku ingat je.
* Nanti aku masukkan full nota pasal Hipotesis Nurani nih.

Wednesday 16 January 2013

Thank You Abg Askar =)

yuhuuuuuuuuuu..

fuhh setel sudah kemas barang and hantar barang-barang..Lagi dua hari last day aku dekat UKM nih..untuk semester 1 sesi 2012/2013 sebab nanti semester 2, aku dah mula praktikal..Dah tak duduk dekat dalam UKM ni lagi..Kepada En. Syafiq Sulaiman..tq eh dah tolong saya angkat barang yang berat-berat tuh..Balik nanti mintak tolong  kawan urutkan tangan tu..

Aku nak cerita kejadian sebelum penghantaran barang dilakukan..spoil sungguh kunci tertinggal dalam bilik...dush3 haiyaaaa macam mana buleh tertinggal nih..Syok sangat angkat barang sampai kunci tertinggal..nasib baik aku ada kepakaran membuka pintu bilik..jeng3..jangan tak caya ok..cara dia tak boleh bagitau.nanti ramai yang follow..aiceh perasan lak kan..berpeluh-peluh aku try buka pintu da..ada la dekat 20 minit jugak la dok perosah (bahasa orang kedah) pintu tu..Nasib baik berjaya..yahooooooooooo..jerit satu aras boleh dengar..sebab nya aku nak besiap-siap g hantar barang.. Dengan telefon pon dalam bilik..risau syafiq tepon aku tak angkat-angkat.. Nasib baik bejaye pastu dia kol..haha.macam tau-tau lak kan. ^-^

congrate2 sebab dh tolong cik asi kite yer =)